#under_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:98%; }

kekasih gelap

Posted by Unknown on Wednesday, July 29, 2015


kekasih gelapku
bersabarlah sayang
masanya kan sampai
satu masa nanti
akan kukenalkan dikau pada semua

kekasih gelapku
terlalu indah kurasa
jika engkau sentiasa disisi
tak perlu selindung bergini

telah kukatakan padamu
bersabarlah sayang
akan kupastikan
satu masa nanti
engkau akan jadi milikku yang sebenar

sudah ku jelaskan segalanya
mengertilah bukan niatku bergini
aku harus memujuk dia menerimamu
terima dengan seadanya

telahku nyatakan padanya
dan bukan nasib menyebelahiku
berilah sedikit waktu
dan doalah agar hatinya terbuka
terima kita berdua
dan bukannya kekasih gelapku untuk selamanya


Continue Reading

Sambutlah rindu

Posted by Unknown

AKU RINDUKAN KAMU


sambutlah rinduku ini
dikala aku rindukan kamu
telah lama aku pendam
rinduku ini semakin dasyat
sukar ku tafsirkan
apakah rindu ini bisa membahagiakan
ataupun menghancurkan




siang malam ku terbayang
wajahmu yang mempesonakan
hingga alpa dipejalanan
tiada mampu untuk ku tahan
sambulah rindu ku ini
buat peneman kala sunyi



Continue Reading

sepi seorang wanita

Posted by Unknown



bilakah engkau akan kembali

sepi seorang wanita 
tatkala tiada siapa yang sudi ambil peduli
pabila hati dirundum pilu
kemana arah terus melangkah
jalannya masih samar

sepinya seorang wanita
bilamana hatinya retak
bilamana jiwanya tergadai
kepada siapa harus diluahkan




sepi seorang wanita
pabila diri tiada berteman
pabila diri ditinggalkan
tanpa nota dan tanpa lambaian
kemana menghilang

sepi dikala mentari hampir tenggelam
hanya bulan menemani malam
dan kunanga-kunang penyeri alam
telah penat mengira bintang
agar esok terus bersinar

pulanglah kepangkuanku
terlalu rindu akan dirimu
tak sanggup untuk aku
mengingatimu selalu
jangan biarkan aku sendiri
mengharapkan yang belum pasti
katamu esok akan kembali
dan kini esok demi esok bersilih ganti


sepi seorang wanita
jika masih sendiri dan terus sendiri
Continue Reading

Pengkhianat Cinta

Posted by Unknown

engkau mendustai hati

Pengkhianat cinta
harus ku gelar kepadamu
masih ingatkah aku?
lelaki yang engkau sanjungi dulu
lelaki yang pernah bertakhta dihatimu
akulah segala-galanya buatmu






Masih ingat janjimu padaku?
janji sehidup semati
berjanji akan menjadi isteriku
mana pergi janji mu itu?
janjimu telah pergi disaat aku engkau tinggalkan


Berilah penjelasan kenapa aku menjadi mangsa
salahkah aku memanjakanmu
salahkan aku mengikut kehendakmu
atau salahkah aku tidak mengikut rentakmu

baru kusedar aku ini hanya sandaran
disaat engkau kesusahan
dan kini engkau berjawatan
aku ini hanya orang suruhan

terima kasih kerana bijak mengambil kesempatan
makan pakaimu asalnya dariku
sanggup berpuasa untuk menanggungmu
sedarku kini tapi sayang agak terlambat
semua hartaku jadi cagaran
engkaulah pengkhianat cinta dan seluruh hidupku



Continue Reading

ciuman seorang kekasih

Posted by Unknown

kekasih yang bergelar suami


ciuman seorang kekasih bergelar suami
amatlah aku harapkan
dakapan seorang suami bergelar kekasih
amatlah aku idamkan
tapi entah bila kan menjadi realiti
kerana dia masih belum dapat menilai erti kasih sebenar



kekadang terfikir juga
gilanya aku ini mengharapkan kasihmu
kerana masih samar lagi cintamu terhadapku
umpama lalang dihembus angin
kekanan dan kekiri
tiada pendirian dan arahtuju

kekadang terfikir juga
bodohnya aku mengharapkanmu
telah lama masa berlalu
statusku sama seperti dulu
entah bila episod cinta kita akan menuju penamat
dari dulu asyik di bab satu masih belum berganjak










Continue Reading

Setiap Pelusuk

Posted by Unknown


ada namamu

Setiap pelusuk ada namamu
Cubalah fahami diri ini
Memerlukan cinta tulusmu
Janganlah engkau abaikan rasa yang sama di hatimu
Dekatlah denganku
Dengarlah denyutan di dadaku






Cubalah sedari cinta ini
bisa membahagiakanmu
Percayalah pada rindu yang ada di hatimu
Letaklah tangan didadamu
Dengarkanlah bisikan hatimu

Seharusnya dikau mengerti
Sejujurnya rasa cinta lahir tanpa dipaksa
Seharusnya engkau sedari
Separuh hatiku adalah milikmu
Samalah denganmu

Cubalah engkau selami
Jiwa ini dengan mata hati
Disetiap pelusuk ada namamu
Jangan engkau berdusta
Akan menambah siksa
Dan cubalah fahami
Bukalah matamu
Aku ada di depanmu
Tahanlah daku dari pergi

Jika ku melangkah takkan aku kembali lagi.
Continue Reading

songsangkah cinta lelaki ini

Posted by Unknown




Songsangkah cinta lelaki ini?

songsangkah cinta ini
Tolong tunjukkan aku jalan
Mana yang lurus
Aku terpedaya dengan gelora rasa
Cintaku ini berlalih arah

Songsangkah cinta ini
Setiap kali bersebelah denganmu
Jiwaku kacau jantungku berdegup dengan lebih laju



Tolonglah aku ini teman
Aku tidak mahu mengikut kehendak hati

Cintaku pada lelaki itu
Tolonglah aku teman
Bagaimana cara untuk aku lupakan dia
Bagaimana untukku hapus rasa ini

Wajahnya sering ku bermimpi
Jika terjaga seakan dia berada disisi
khayalkah aku ini
Mengharapkan belaian kasih darinya

Tolonglah aku teman
Berikan ku jalan yang mana
Jika kau benar-benar cinta
Buktikan padanya
Tunjukkan padanya dan lafazlah kalimah cintamu padanya
Mudahnya jalan yang engkau tunjuk ini teman

Tolonglah aku teman
Bukan aku sembunyikan rasa
Jika aku teruskan
Bimbang akan sesat selamanya

Tidak kuminta ia hadir
Tidak kuminta ia mekar
Cinta itu datang dengan sendiri
Dan ia disambut dengan sepenuh hati
Berkasih dan bercinta dengan sidia
Bagai dunia ini kami yang punya
Dosa pahala lain cerita
Mungkin pintu taubat akan terbuka






Continue Reading

Cukuplah Sampai Disini

Posted by Unknown

kisah cinta berakhir disini



Cukuplah sampai disini
Usah diteruskan lagi
Jika dipaksa kita akan merana
Tiada kesudahan jalan cerita cinta kita

Bertapa lama aku memendam rasa
Bertapa lama aku menanggung luka
Setiapkali engkau berubah cara
bertapa ego dan angkuhnya bicaramu
Sedikitpun engkau tak kisah
Rasa hatiku semakin hari semakin parah

Pergilah engkau dari hidupku
Sedikitpun aku tak kisah
Sudah penat aku melayan karenahmu

dari aku menggung luka berpanjangan
sedikitpun tiada belas
tiada rasa bersalah
hanya aku sahaja yang beria memohon maaf
tak usah diteruskan lagi





Continue Reading

Kembalikan dirimu seperti dulu

Posted by Unknown


walau dimana engkau berada
sumber hotsempoi.com


Kembalikan dirimu seperti dulu
Waktu kali pertama kita berjumpa
Kembalikan cintamu seperti dahulu
Waktu sayang kita bertamu
Kembalikan kasih dahulu
Waktu kita berasmara
Sungguh indah
Sungguh manis

Kerana sungguh waktu itu engkau sempurna
Seluruh hidupku bahagia
Sungguh cintamu mekar dalam jiwa
hanyalah padamu aku serahkan sepenuh hati



Maafkanlah kiranya daku tidak sempurna
engkau yang kucinta
hanya engkau yang bertakhta dijiwa
walaupun engkau berada dimana-mana

kerana aku rindukan kasih sayangmu
maafkanlah kiranya daku tidak sempurna untukmu
namun cintaku hanyalah padamu
walau engkau ada dimana-mana


Continue Reading