Home
»Unlabelled
» ciuman seorang kekasih
ciuman seorang kekasih
Posted by Unknown on Wednesday, July 29, 2015
ciuman seorang kekasih bergelar suami
amatlah aku harapkan
dakapan seorang suami bergelar kekasih
amatlah aku idamkan
tapi entah bila kan menjadi realiti
kerana dia masih belum dapat menilai erti kasih sebenar
kekadang terfikir juga
gilanya aku ini mengharapkan kasihmu
kerana masih samar lagi cintamu terhadapku
umpama lalang dihembus angin
kekanan dan kekiri
tiada pendirian dan arahtuju
kekadang terfikir juga
bodohnya aku mengharapkanmu
telah lama masa berlalu
statusku sama seperti dulu
entah bila episod cinta kita akan menuju penamat
dari dulu asyik di bab satu masih belum berganjak


{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment