Songsangkah cinta lelaki ini?
songsangkah cinta ini
Tolong tunjukkan
aku jalan
Mana yang
lurus
Aku terpedaya
dengan gelora rasa
Cintaku ini
berlalih arah
Songsangkah cinta
ini
Setiap kali
bersebelah denganmu
Jiwaku kacau
jantungku berdegup dengan lebih laju
Tolonglah
aku ini teman
Aku tidak
mahu mengikut kehendak hati
Cintaku pada
lelaki itu
Tolonglah aku
teman
Bagaimana cara
untuk aku lupakan dia
Bagaimana untukku
hapus rasa ini
Wajahnya sering
ku bermimpi
Jika terjaga
seakan dia berada disisi
khayalkah aku
ini
Mengharapkan
belaian kasih darinya
Tolonglah
aku teman
Berikan ku
jalan yang mana
Jika kau
benar-benar cinta
Buktikan padanya
Tunjukkan padanya
dan lafazlah kalimah cintamu padanya
Mudahnya jalan
yang engkau tunjuk ini teman
Tolonglah aku
teman
Bukan aku
sembunyikan rasa
Jika aku
teruskan
Bimbang akan
sesat selamanya
Tidak kuminta
ia hadir
Tidak kuminta
ia mekar
Cinta itu datang
dengan sendiri
Dan ia
disambut dengan sepenuh hati
Berkasih dan
bercinta dengan sidia
Bagai dunia
ini kami yang punya
Dosa pahala
lain cerita
Mungkin
pintu taubat akan terbuka


{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment