Home
»Unlabelled
» Pengkhianat Cinta
Pengkhianat Cinta
Posted by Unknown on Wednesday, July 29, 2015
Pengkhianat cinta
harus ku gelar kepadamu
masih ingatkah aku?
lelaki yang engkau sanjungi dulu
lelaki yang pernah bertakhta dihatimu
akulah segala-galanya buatmu
Masih ingat janjimu padaku?
janji sehidup semati
berjanji akan menjadi isteriku
mana pergi janji mu itu?
janjimu telah pergi disaat aku engkau tinggalkan
Berilah penjelasan kenapa aku menjadi mangsa
salahkah aku memanjakanmu
salahkan aku mengikut kehendakmu
atau salahkah aku tidak mengikut rentakmu
baru kusedar aku ini hanya sandaran
disaat engkau kesusahan
dan kini engkau berjawatan
aku ini hanya orang suruhan
terima kasih kerana bijak mengambil kesempatan
makan pakaimu asalnya dariku
sanggup berpuasa untuk menanggungmu
sedarku kini tapi sayang agak terlambat
semua hartaku jadi cagaran
engkaulah pengkhianat cinta dan seluruh hidupku

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment