
Janganlah bersedih sayang
Selagi aku ada disisi
Janganlah menangis sayang
Selagi aku setia disini
Kuatkan langkanhmu sayang
Harungi badai di depan dengan penuh sabar
Itu ujian dari yang Maha Esa
Redhalah permergian dia sayang
Sesungguhnya tempat dia disana
Tempat yang agung baginya
Aku tahu aku tidak pernah merasa dia ada di rahimmu
Siang malam bersamamu
Mengeliat manja minta dielus lembut
Tidak bergerak bila aku menyentuhnya
Malu agaknya..
Atau dia tidak mahu aku merasa sedih yang sama
Jika aku juga bersedih bagaimana dengan kamu sayang
Sudah pasti kita berdua akan karam sebelum tiba ke destinasi di sana nanti.
Wahai anak papa dan mama
Amanlah dikau disyurga
Papa dan mama akan senantiasa mengingatimu selagi hayat ada.
