#under_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:98%; }

Bercinta sesama sendiri

Posted by Unknown on Wednesday, July 22, 2015



Sampai bilakah kita ini
bercinta sesama sendiri
tiada beza walau seinci
mengapa kasih tertumpah di sini.

Jahilnya  kita ini
dosa pahala kita rempuhi
moga Dia bukakan hati
kembali ke dunia realiti

Penat sudah aku bergini
mengikut kata hati
sesat sukar kembali
moga tingkahku diambil peduli



Continue Reading

Bunga Angkasa

Posted by Unknown

Bunga angkasa

Indah sinar sang suria
merdu irama sang bayu
tiada seindah wajahmu
tiada semerdu suaramu

Lembut bayu membelai
merdu burung berlagu
tiada selembut belaianmu
tiada semerdu kau berlagu


Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
suaramu yang merdu menghiburkan hatiku
bertambah cahaya hidupku
kau janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama


Selagi masih ada...sinaran mentari
selagi ada...getar di jiwaku
kan ku korban...jiwa raga
demi cinta...untukmu bunga angkasa




Lirik:-bunga angkasa
Continue Reading

Wanita Engkaulah Sahabat

Posted by Unknown

sahabat yang banyak menyusahkan aku
Aku wanita
engkau jua wanita
aku punyai hati
engkau jua punyai hati
tiada satu pun beza antara kita
sama saja dan tak perlu cari kelainanya
Bezanya engkau adalah sahabat yang tidak mampu memberi aku apa-apa


Aku wanita punya rasa cemburu
Engkau wanita tak rasa malu
niatmu menghancurkan aku
dari dulu seperti sudah ku tahu
niatmu yang tidak selari dengan tujuan hidupmu

Lembut bicaramu
Sopan perbuatanmu
tapi sayang aku tertipu

Semalamam ku tak lena
andai aku menghalang gembirakah hatinya?
andai aku izinkan adilkah dia?


Ya aku yakin dia boleh membahagiakan
dan terlebih yakin dia mampu memberi keadilan
adilkah hatimu itu sayang
kerana bimbang engkau dipermainan

Jika benar engkau mampu segalanya
aku izinkan sebagai yang pertama
terimalah dia sebagai ganjarannya
dan bukannya untuk engkau buktikan engkau lelaki gagah perkasa

Indahnya poligami jika kena caranya
jangan di sana sini engkau jaja cerita
buktikan kepadaku segalanya
agar mudah kita semua merasa nikmat bahagia

wahai wanita jika dahulu engkau sahabat dan musuhku
dan kini engkau maduku
jagalah perbuatanmu
ikhlaslah menerima suamiku sebagai suamimu

Usah kau tanya tentang aku
jujur aku katakan kerana keadaan aku izinkan
moga Tuhan berikan landasan
supaya senang untuk aku terus berjalan



Continue Reading

Pondok Usang

Posted by Unknown

Pondok usang di sebelah sawah
berlumpur tanah di kakian jalanan
bermain pondok-pondok bersama jiran-jiran
mengejar layang-layang berkumpulan


Pondok usang di tepi telaga
menarik air dituangnya ke baldi
dijirus ke kepala segar dan nyaman rasanya
airnya sejuk hingga ke tulang



Di pondok usang itulah
aku dilahirkan
aku dididik penuh kasih sayang
walau serba kurang
tak penah ku rasa sebagai beban


Di pondok usang itulah
kenangan bersama ayah dan ibu teramat indah
makan bertimpuh berlapikkan tikar
disirami cahaya yang samar-samar



Continue Reading

Lelaki Pengoda

Posted by Unknown


teknik godaan lelaki terhadap wanita
Hai.. lelaki pengoda
dengar ini cerita
sebelum engkau teruskan langkah pertama
siap sedia semua perkara

aku mahukan harta benda
buat bekalan dihari tua
aku mahukan wang berjuta
buat bekalan untuk kesana


Hai..lelaki pengoda
dengarkan ini syaratnya

aku mahukan kebebasan
keluar pagi sampai malam
berpeleseran dengan teman-teman
jangan harap aku nak basuh pinggan

Hai.. lelaki pengoda
Jangan nakal dan jangan malas
engkau akan kujadikan seperti tawanan

hai..lelaki pengoda
jangan takut jangan bimbang
syarat hanyalah gurauan
cukuplah kasih sayangmu seorang
buat peneman sepanjang zaman
Continue Reading

Tidurku Tidak Lena

Posted by Unknown





Tidurku tidak lena
sering terjaga
bagai bermimpi si dia
kabur rupanya
berpisat mataku melilau mencarinya
hilang bersama mentari pagi

Merenung ke langit
menunggu bulan
supaya cepat datangnya malam
aku berharap malam ini dia datang
bersama dengan harapan

Malam biarlah berpanjangan
aku takut engkau hilang di kesiangan
biarlah waktu membeku
biarlah detik tidak berganjak


Tidurku tidak lena
bimbang engkau kesepian
temanlah daku sepanjang malam
usah menunggu bulan mendatang




Continue Reading

Rindu

Posted by Unknown

Engkaukah itu
Hadir di kala kau diusik rindu
Kau mengundang ku untuk bersama mu
Mengungkit segala kisah lalu

Apakah diriku
Tempat persinggahan melepas rindu
Sesekali rindu menguasai
Dan diriku ini kau hampiri

Rindu yang menghempas hati
Memaksa ku menyayangi hatimu lagi
Beralun ombak kasihmu
Menghempas segenap kamar hatiku
Ingin aku cuba melenyapkan engkau
Rupanya diriku yang telah terpukau
Bersama gelombang warna pilu
Akhirnya ku menjadi perindu

Ternyata aku
Pernah dan terlalu menyayangimu
Biarpun ku lemas di persisiran
Tak sanggup ku tempuh perpisahan  

Continue Reading

Rasanya Asing Sekali

Posted by Unknown

Rasanya asing sekali
tidak pernah rasa bergini
jiwa diganggu semakin berani
rasa resah, rasa pilu
berlawanan menjadi satu

Rasanya asing sekali
telah kucuba buat tak tahu
makin galak mencuit hati
supaya cinta disambut seikhlas hati

Bagai tiada yang merasai cinta
hanya aku dan kamu penghuni setia
biar badai datang melanda
biarpun bumi terbelah dua
cinta utuhku tetap bersamamu



Continue Reading

Saat Aku Gembira

Posted by Unknown


gembira bersama duka

Saat aku gembira
aku terlupa akan dirimu
saat aku terluka
kamulah tempat aku luahkannya

kenapa alpanya aku
kerapkali membuang waktu
tidak pandai mengambil hati
apatah lagi membeli kebahagiaanmu

apakah aku ini
masih ada ruang dihatimu
masih ada cinta diruang hati kecilmu
berikanlah aku sedikir rasa
sedikit rasa kasih dan sayangmu
berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus

kenapa bergini akhirnya
belum sempat aku bersujud di kakimu
engkau pergi tinggalkan aku
bagaimana dengan dosa aku?
ibu maafkanlah anakmu
doaku agar ada sekelumit maafmu untukku
jika tidak nanar aku hingga hujung nyawaku
belum pasti syurga itu menjadi milikku
Continue Reading

hatiku bergetaran

Posted by Unknown


Entah mengapa  hatiku bergetaran
dan jantungku berdenyut kencang
seakan engkau ada disisiku
bergitu tepat tekaanku
ku cuba sembunyikan resah namun gagal
tatkala mata bertentang mata
kaku aku situ
sempat memamah wajah ayu itu
sedikit tidak berubah
sama seperti dulu


Kenangan lama terimbas kembali
sewaktu kali pertama aku melafazkan rindu
engkau tersenyum penuh malu.
aarg indahnya waktu dulu

andai dapat ku putarkan masa
akan kujaga mu sebaik mungkin
agar tidak terlepas kepada yang lain

Entah mengapa hatiku bergetaran
bila bertemu  dengan si dia
bila tangan bersalaman
bila bibir menutur kata
bila mata bertentang
bergini rasanya bila cinta itu tidak pernah mati
walau tahun bersilih ganti
walau detik bergerak tanpa henti
cuma yang pasti ianya tidak akan ku biarkan pergi






Continue Reading

Bagaimana harus luahkan perasaan

Posted by Unknown


Bagaimana harus aku luahkan perasaan ini
bagaimana harus aku miliki dia
siapakah sebenarnya dia
dimana aku berada disitu dia berada
walau dalam nyata mahupun di dalam lena

Tolonglah aku wahai jejaka
jangan siksa aku bergini
berikan petanda untuk aku meneka
tak salah rasanya
andai aku memuja
lembut hatimu
setiap kali berada disitu

cinta tak kenal siapa
malah cinta itupun buta
langkah pertama atau kedua
sama sahaja tiada sempurna
adakah aku yang gila


cinta hadir tanpa di paksa dan tanpa sedar bila ianya ada
berkali diusir tetap datang jua
tolonglah aku wahai jejaka
nak ku luah lidahku kelu
nak ku biar tak sanggup rasanya
nak ku halang tak mampu juga
berilah jawapan satu ataupun dua
dengan harapan wahai jejaka engkau faham maksud  yang tersirat di sebalik satu dan dua


Continue Reading

Mata paku

Posted by Unknown

Biar menjadi setajam mata paku
bisa menembusi konkrit yang keras
bisa menanggung beban bingkai hiasan


Biar menjadi seperti mata paku
walau berkarat fungsinya masih tidak kurang hebat
walau ditukulnya perlahan 
masih mengikut rentak
walaupun bengkok dek dinding yang keras
diluruskan dan digunapakai

Biar menjadi seperti mata paku
tajam kuat dan tidak melawan
tidak mudah dicampak
dan tidak mudah buang
di tempat khas tersimpan
berguna saat diperlukan
Continue Reading

Bangkitlah Wahai Sahabat

Posted by Unknown

Bangkitlah wahai sahabat
jangan biarkan engkau hancur berkecai bagaikan kaca
jika dicantum  tidak akan sama
ternampak bayang-bayang duka
disetiap kepingan  kaca yang berkecai

Telah berkali diberi nasihat
telah berkali aku ungkapkan
jangan sesekali mengikut syaitan
kerana tempatnya memang sah bukan di syurga idaman
malah engkau campakkan pesanku
tiada satu yang kau bawa untuk bekalan
akhirnya engkau lemas bernafsukan syaitan
aku sayangkan engkau sampai akhirat

Bangkitlah wahai sahabat
Tuhan memberimu waktu bertaubat
taubatlah sepenuh hati
insaflah tidak akan diulangi
ketelanjuran dulu biarlah pergi
usah diingat biarlah di bawa mati

Bangunlah dari mimpi
Ingatlah cinta manusia tidak kekal sifatnya
hanya sementara dan penuh dusta
cinta di kala ada apa-apa semuanya indah tiada cacat cela
di buang dan dibiarkan bersepah bila tiada apa-apa untuk dipersembahkan semula



Continue Reading