#under_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:98%; }

Hamparkan permaidani itu

Posted by Unknown on Tuesday, July 21, 2015

Hamparkan permaidani itu
sebagai tanda kasihku kepadamu
biar cantik perjalananmu
biar lurus arah yang dituju

Hamparkan permaidani itu
pilihlah warna kesukaanmu
jangan biarkan permaidani itu kotor dengan pilihanmu
seeloknya biarkan saja warnanya
kekalkan putih aslinya
corakkan saja dengan yang baik-baik belaka

Sental dan gosoklah agak hilang cacat cela coraknya
biar selari dan cantik susunannya
terus mengukir dengan sebaiknya
biar apa orang kata
biar lusuh bulunya
asalkan terang coraknya

jangan tinggalkan sedikit beza
biar sama asalkan tidak binasa

Jalan lurus wahai penyambung keturunanku
usah bengkok kiri dan ke kanan
biarlah lambat asalkan bijak
tidak tercicir landasan
gunakan akal dan fikiran bagi menentu masa depan
hamparkan permaidani itu
supaya selesa bila berjalan dan selesa untuk beribadat


Continue Reading

Ku Ketuk Pintu Hati

Posted by Unknown


Ku ketuk pintu hati tetapi senyap dan sunyi
tiada jawapan yang ku perolehi
walau ku cuba berkali-kali

Serasa diri dipermainkan
sedikitpun tiada kekesalan
aku rela mengalah agar engkau sentiasa menang
aku rela berjalan agar engkau terus berlari

Larilah sekuat hatimu
usah berpaling kepadaku
kekal aku di belakangmu
tiada niat untuk khianatimu

Larilah selaju yang mampu
usah hiraukan langkahku
akan ku susun satu persatu
biar cantik pada pandangan matamu

Ku ketuk sekali lagi
biar tersedar dari mimpi
tiada lagi senyap dan sunyi
ruang hati kembali terisi
dengan jawapan konkrit yang aku perolehi.


Continue Reading

Seandainya aku berdosa

Posted by Unknown

Seandainya aku berdosa
kupohon ampun kepadamu
seandainya engkau terluka
biarku sapu luka itu

Ku merayu kepadamu
Pulanglah kepadaku
hentikanlah rajukmu yang dulu
biar kita bina episod baru


Hatiku sayu mengenangkan dirimu
mudahnya engkau mengantikan aku
seolah cintaku tiada harga dan langsung tiada nilainya
kau campak malah engkau bakar seluruh kepercayaan aku kepadamu
tersedar dan terjaga
rupanya ianya emosi marahku
Pergi kau syaitan jangan ganggu fikiranku
Jangan cuba pesongkan hati aku
tidak mungkin aku berpaling kepada yang lain melainkan izin yang Maha Pencipta

Hentikanlah rajukmu sayang
Pulanglah kepadaku
Kerana kutahu dirimu bukan bergitu
janjimu padaku masih segar seperti semalam baru engkau lafazkan
Pulanglah kepadaku
Telah penat untuk aku menunggumu saban waktu
sehingga hati dan jantungku resah bagai tiada rasa dan tidak menentu


Seandainya aku berdosa
hukumlah aku semahu hatimu
cuma satu harapanku
kekallah denganku sehingga Dia menjemputku
Continue Reading

Terasing Sendiri

Posted by Unknown


Terasing sendiri disaat engkau  tiada disisi
Tiada rasa untuk aku lafazkan
Bagaimana untuk aku luahkan
Kini yang tinggal hanya kenangan

Kau pergi ketika gembira membanjiri kita
Sepenuh lautan cinta aku rasakan tidak cukup untuk menampung bahagia
Terasing sendiri ketika menunggumu
Seandainya engkau pulang
Engkaulah cintaku yang teragung
Punah harapan dan punah impian
kehadiranmu pasti tidak akan datang

Bergetar jantungku disaat perkhabaran itu
Aku redhai pemergianmu
Kerana kasihNya padamu
Biarlah aku meniti sepi keseorangan
Agar rohmu aman dan tenteram

Terasing sendiri dalam agammu
Kau binanya hanya untukku
itu katamu dahulu
kuingatkan hanya mainan katamu
Permegianmu membuatkan jiwaku merasa kosong
Hanya padaMu tempatku meluahkan rasa dan rindu
Continue Reading

Rahsia Malam Durjana

Posted by Unknown

rahsia yang akan dilupakan
Rahsia Malam Durjana


Rahsia malam durjana
bila jariku di pegang
aku biarkan
bila tanganku dicium
aku biarkan
dan terus biarkan
bagaimana mahu melawan
andai kudratku dirantaian

Tiada kisah tiada kasihan
bila manusia tiada pertimbangan
kenapa adanya malam
jika malam ini tiada kemanisan

Meraung,memekik tiada kedengaran
kain itu menjadi penghalang
hanya airmata yang mengalir dan terus mengalir
mengharapkan belas
tapi si durjana bagaikan raksasa

Rahsia malam durjana
tiada apa yang tinggal
kosong nilainya
dicampak ke jalan pun tiada siapa yang sudi mengutipnya

hilang percaya
hilang segala-galanya
rahsia malam durjana
pemula sengketa
tiada bisa akan ada titik noktahnya
selagi si durjana bebas merayap mencari mangsa untuk sekelian kalinya

Continue Reading

Hilang Tanpa Pesanan

Posted by Unknown

Hilang tanpa pesanan
penat kucari disemua tempat kau jelajahi
indah sungguh budimu membiarkan aku sendiri
tiada tempat untuk ku berpaut
tersilap dahan rupanya aku ini
ingatkan  boleh kulentur hingga ke bumi
rupanya patah sendiri
belum sempat aku lurus berdiri
untuk menyambung kembali dahan itu sudahpun mati


akan ku bahagiakan kamu hingga akhir hayat ku
manisnya janjimu tatkala mamancing hatiku
bodohnya aku meninggalkan dia dan dia
kerana mengikutmu yang durjana

Hilang tanpa pesanan
bebasnya dirimu mencari persinggahan baru
tanpa perlu kau titipkan nota
tanpa perlu kau lafazkan bebas
setelah lama ditinggalkan
jalan keluar aku idamkan
maaf aku mohon kepada dia dan dia
mengerti aku kini tiada restu dari dia dan dia
bahagia yang ada semakin pergi dan pergi




Continue Reading

Sedetik Waktu

Posted by Unknown

Sedetik waktu
Perlu menipu untuk melihat kesabaran
Sedetik waktu
Perlu imbas kembali kehidupan semalam
Sedetik waktu
Perlu ingatkan mati

Sedetik waktu berlalu tanpa tiada apa-apa
Kosong bagaikan air mengalir dicelah-celah batu
Berlalu membawa semua sisa-sisa yang tertinggal
Sedetik waktu berlalu dengan ada apa-apa
Penuh bagaikan hujan turun tanpa henti
Memberi kenikmatan kepada semua makhluk di dunia ini.


Belajarlah mengenal dunia sebaiknya wahai anakku
Belajarlah menjadi manusia yang dihargai dan menghargai
Buanglah jauh-jauh sedetik waktu yang kosong itu
Ambil dan simpanlah dekat-dekat denganmu yang penuh itu
Biar sedetik waktu berlalu dengan aman
Biar sedetik waktu itu berlalu dengan sabar




Continue Reading

Cinta Kurang Upaya

Posted by Unknown

Cinta kurang upaya 

Tak pernah terfikir akan menjadi milikmu
Tak pernah terlintas engkaulah orang itu
Sekeliling ku cari siapa pemilik hati ini
Di depan mata terbentang luas masih tidak dapat kulihat
Hanya ku renung dalam hati wajahmu yang bersih suci
Bahagiaku rasa saat ini
Terima kasih Ya Allah kerana memberi
Penuh makna ku mohon padaMu
Akhirnya Engkau hadiahkan kepadaku

Episod baru akan bermula
Kutahu aku tak sempurna
Terimalah daku yang kurang upaya
Jangan sesekali ungkit derita
Biar  luput dari ingatan
Sehingga ditelah usia.

Tunjukkan jalan untuk mengemudi
Biar ku bawa terus ke destinasi
Tidak perlu memandang kanan dan kiri
Biar ku bangkit sendiri
Tak perlu ditolong dan memberi
Cukup sekadar memerhati

Aku sudah biasa
Bangkit dalam kegelapan
Hanya berbekalkan tongkat pemberian arwah ayah
Aku yakin ada bahagia menanti aku di hujung sana
Di hujung sana bersama denganmu wahai isteriku./




Continue Reading

Cinta Tertinggal Di Sekolah

Posted by Unknown


Cinta tertinggal di sekolah
Masih ingat ketika kali pertama
Berjumpa dan senyum tanpa bicara
Hanya jelingan sepintas lalu
Maksud itu sudah kutahu

Bermimpi biasa
Berangan pun biasa
Indah jika dapat bersama
16 tahun usia dah pandai berjiwa sentimental
Belajar entah ke mana
Ke universiti atau ke jalanan tempatnya
Tak kisah apa orang kata
Semuanya indah belaka
Tak hairan dosa pahala
Penting sungguh rasa hati tak takut tersilap destinasi
Kerana ianya pasti


Dalam suasana aku bersimpuh dan tersedar
Rupanya  jauh aku ditinggalkan
Cinta aku akhirnya tertinggal di sekolah
Tak mampu ku bangkit untuk bawa ke atas
Bertapa malu pada ibu ayah
Nasihat mereka ku simpan  sebagai hiasan kaca
Kaca itu pecah ku sambung semula
Namun ianya tidak sama.


Continue Reading

Cinta Monyet Dulu-Dulu

Posted by Unknown

Cinta monyet dulu-dulu
Lebih mudah agaknya
Cinta monyet zaman sekarang
Lebih rumit agaknya

Inikah rasanya cinta?
Atau cinta monyet gamaknya
Senyum sipu sendiri
Dalam angan pun jadi

Cinta monyet dulu-dulu
Berlapik sungguh semuanya
Tak berani tenung mata
Cukup tenung meja sahaja.

Cinta monyet dulu-dulu
Malam serasa lama
Tak sabar nak berjumpa
Bukannya boleh bicara
Nun dia jauh di sana
Cukuplah buat peneman jiwa.


Continue Reading

Korban cinta

Posted by Unknown


korban cinta hot sempoi
Untuk apa kita bersama
Andai hanya sekejap saja
Aku rela menjadi mangsa
Dari melihat engkau derita

Aku memang tidak berdaya
Untuk menempuh rintangan bersama
Biar aku seorang diri
Pergi mencari sesuatu yang tak pasti
Dari dihina dan dicaci

Mereka tidak pernah mengerti
Malah membenci hubungan ini
Ku tahu kasihmu tidak berbelahbagi
Dari dulu hingga ke hari ini

Mengapa harus jadi bergini
Mengapa tidak dari awal lagi
Untuk apa kita terus bertengkar
Untuk apa untuk kita terus bersama
Andai itu sia-sia sahaja

Pernah dulu kurasakan
Aku ini umpama awan
Berarak mencari kekuatan
Agar mampu bertahan

Aku antara berjuta insan
Sanggup menjadi korban
Asalkan cinta menjadi teman
Asalkan mereka menjadi girang.



Continue Reading

Sejolikah kita

Posted by Unknown


Sejolikah kita
seringkali bertikam lidah 
walau berjalan seiringan
kelat muka bila memandang

Sejolikah kita
Berjalan selangkah ketinggalan
Tidak endah pasangan di belakang
Walaupun telah halal menurut islam

Sejolikah namanya
andai kita tiada persamaan
aku ke kanan dan engkau ke kiri
di sebelah sana sepatutnya aku berdiri.

Sejolikah kita
Bila berbatu aku disini
Langkah diatur longlai tiada tegak berdiri

Continue Reading