
Deritamu deritaku
Sakitmu sakitku
Bahagiamu bahagiaku
Itulah kata-kata azimatmu..
Wahai lelaki
Hebat sungguh mainan katamu
Semanis senyuman dibibirmu
Hingga aku terlupa akan hadirnya hari esok
Hari yang belum pasti samada bahagia atau derita yang tercipta
Aku ini perempuan
Penuh perasaan cinta apabila di hargai dikasihi
Cuma sedikit aku terlupa
Kata-kata yang kau bina
Yang kau bisikkan di telinga
Rupanya mainan semata-mata
Seindah pelangi selepas hujan di sebelah sana
Aku mohon jangan lagi engkau tiba
Walau dalam terpaksa
Tiada lagi engkau berguna
Melainkan engkau hilang sekelip mata
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment