#under_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:98%; }

Kejam

Posted by Unknown on Thursday, July 23, 2015


tanpa perasaan


Kejam sungguh mereka ini
Menuduhku sebagai Ma….dul..

Hey..
Untuk pengetahuan kamu
Aku ini sihat malah sempurna
Tiada satupun cacat cela
Jangan memandai mereka cerita



Mudahnya mereka bertanya
Tanpa memikirkan hati dan perasaan
Mudahnya mereka mengandaikan
Tanpa disoal siasat
Mudahnya mereka meletakkan kesalahan
Tanpa ada perbicaraan


Untuk mereka-mereka ini
Sedarlah
Dengarkanlah
Ini semua satu ketentuan
Bukan aku yang pinta
Bukan aku yang merencana

Sebak bila terfikir
Sampai bila harus menunggu dan terus menunggu
Sedangkan soalan itu aku sendiri buntu
Harus  bagaimana untuk aku memberi jawaban pada mereka-mereka ini

Kepada mereka-mereka ini
Dengar sini
Dengar baik-baik
Biar jelas di pendengaran

Aku ini manusia biasa
Tiada satupun kelebihan aku
Tidak seperti kamu-kamu semua
kamu bernasib baik Allah bagi semua apa yang kamu minta
Jagalah pemberianNya baik-baik
Biar menjadi yang soleh dan solehah
biar boleh membantu membawa kamu ke syurga


Usah cerita kelemahan aku
Usah sebarkanya
Kerana aku kasihankan dirimu
Dan aku sayangkan kamu

Inilah aku
Manusia yang diuji
Namun aku bersyukur
Kerana Allah sayangkan aku
Aku yakin penyambung darah dagingku
Akan wujud dalam rahimku suatu hari nanti
Ya suatu hari nanti
Kepada kamu-kamu semua jangan bergitu kejam dengan orang-orang sepertiku


untuk dapatkan hadiah





{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment