#under_header{ margin:10px 0; padding:1%; width:98%; }

Dalam Tangis Aku Bersuara

Posted by Unknown on Thursday, July 23, 2015

supaya engkau memahami

Dalam tangis aku bersuara
Dalam esak aku membuka kata
Tanpa sempat ke titik noktah
Pang…
Berdesit kedengaran
Mengalir si warna merah dicelah bibir
Ku biarkan sebagai bukti untuk esok hari
Hebat sungguh tamparan ini
Tahniah kerana berani
Syabas suamiku
Kuatkan lagi tamparan itu
Biar nyawaku sebagai ganti


Dalam tangis aku terbayang
Bertapa lembut budi dan cara
tika melayan karenahku
Biar mengada-ngada dan gedik manja
Sedikit pun kau tak peduli dan ambil hati
Bertapa sayangnya engkau kepada ku
Tapi itu dulu sewaktu aku kau puja
Sudikah kiranya engkau berlembut manja

Telah lama rupanya
Aku bergini
diherdik
dicaci
dibodohkan
telah lali rupanya
patutlah sepak terajang
penumbuk penampar
langsung tak rasa
kebas atau dah jadi batu agaknya


Buatlah sesuka hatimu
Dalam sebak aku ambilkan tangannya
Dan letakkan di atas ubun-ubunku
Niatku agar dia ingat aku ini isterinya
Bukannya binatang yang boleh di campak ke sana sini.
Diam dia seribu bahasa
Tangan di gengam terus berlalu tanpa menoleh ke arahku lagi.

dapat hadiah




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment