Bangkitlah wahai sahabat
jangan biarkan engkau hancur berkecai bagaikan kaca
jika dicantum tidak akan sama
ternampak bayang-bayang duka
disetiap kepingan kaca yang berkecai
Telah berkali diberi nasihat
telah berkali aku ungkapkan
jangan sesekali mengikut syaitan
kerana tempatnya memang sah bukan di syurga idaman
malah engkau campakkan pesanku
tiada satu yang kau bawa untuk bekalan
akhirnya engkau lemas bernafsukan syaitan
aku sayangkan engkau sampai akhirat
Bangkitlah wahai sahabat
Tuhan memberimu waktu bertaubat
taubatlah sepenuh hati
insaflah tidak akan diulangi
ketelanjuran dulu biarlah pergi
usah diingat biarlah di bawa mati
Bangunlah dari mimpi
Ingatlah cinta manusia tidak kekal sifatnya
hanya sementara dan penuh dusta
cinta di kala ada apa-apa semuanya indah tiada cacat cela
di buang dan dibiarkan bersepah bila tiada apa-apa untuk dipersembahkan semula
Home
»Unlabelled
» Bangkitlah Wahai Sahabat
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment